Revelations: Persona
Revelations: Persona

Revelations: Persona

Revelations: Persona (女神異聞録ペルソナ, Megami Ibunroku Perusona, secara literal "Rekod Sebuah Kisah Dewi Persona") merupakan judul permainan video berperanan yang pertama untuk konsol PlayStation - juga merupakan salah satu daripada siri sampingan dalam francais Megami Tensei Atlus. Di Jepun, judul ini mempunyai kenyataan dalam huruf-huruf Roman iaitu "Be Your True Mind".Latar belakang judul ini bertempat di suatu zaman moden, di mana remaja-remaja sekolah sebagai protagonis utamanya. Menggunakan senjata dan dibekalkan dengan makhluk ajaib iaitu Persona, mereka bersatu untuk menewaskan syaitan yang telah menyerang bandar mereka.